01 November 2021

Kembali ke Pantai Purnama Port Dickson

 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..setelah hampir 2 tahun PKP..  dapat bawak anak2 kembali ke pantai.. bagi aku yg duduk di Cheras Selangor ni..kalau nak mandi pantai mmg ke PD la jawabnya, ataupun ke Melaka. sebab pantai Morib tu air mcm kotor skit..lagipun jarak nak ke morib dah hampir sama nak ke PD.so lebih baik pergi PD..beza lebih dlm 20km ja..takpe la..puas hati skit mandi di PD..

Kalau pergi PD ada beberapa pantai dekat situ.. aku lebih suka yang tersorok dan tak ramai orang.. so senang..leh santai2 dengan anak2.. tak mcm teluk kemang..crowded..

Macam kami, cadangnya nak gerak lepas solat Subuh ke PD, balik hari..tapi main dengan anak2 ni..pukul 7pagi  baru dapat keluar rumah. Sampai sana dalam kul 8 lebih.. sampai awal pagi tak ramai lagi orang. Mudah utk parking.. masuk pukul 9 ke 10 dah mula ramai orang..masa tu tgh mandi dengan anak2..tahu2 ja dah ramai orang..

sunrise di tgh2 highway.. klu lepas solat subuh terus keluar mgkin blh tgk sunrise kat pantai..

Pantai Purnama ni mmg tersorok, korang klu nak cuba pergi blh waze je Pantai Purnama.. disitu ada kemudahan tandas, cafe, campsite, sewa pelampung, Banana Boat dan Donut Boat. Bagi yang nak berkhemah pun ada disediakan tapak perkhemahan..satu lagi tempat parking dia mcm terhad skit..

Sebelum mandi pastikan diorg sarapan dulu..baru ada tenaga.. baru la seronok diorg mandi manda..

cantik awan..jernih air.. dan bestnya pantai ni jenis landai.. tak risau sgt anak2 dok mandi..

cuma kalini aku ke pantai purnama..aku ambik port belah hujung..dekat dgn batu2an..so ada batu2 kecik dekat pantai tersebut..hati2..boleh luka kaki klu tersepak..

batu ni besar..korang boleh duduk atas dia..

nampakkan..ni kira kawasan yg hujung la.. disebalik pokok2 tu..kira sebelah sana adalah pantai teluk kemang.. so klu banana boat atau jetski yg main di teluk kemang.. akan lajak sampai pantai sini..so korang akan nampak..

dpt tenangkan jiwa anak2..satu terapi jugak mandi laut ni..

dan klu pergi pantai tak sah klu tak main pasir..

bangunan di hujung pantai purnama ni adalah balai cerap teluk kemang..tempat tengok anak bulan..

sorang2 layan pelampung adik dia.. org lain dah naik atas main pasir.. terpaksa temankan jugak..masa ni matahari dah mula menegak..

farha seronok dpt mandi pantai..

muka selepas berjemur..kasi can berdua..

oleh kerana cuaca panas elok..aku hadkan sampai pukul 11 sahaja..klu lebih dari tu kompom sunburn..so tghri dah boleh siap2 balik Cheras.. 

last bergambar sebelum balik..kakak nak bukak mata pun dah tak boleh..matahari dah nak terpacak atas kepala..

Kemas2 apa semua.pastikan sampah semua dikutip dan dibuang ye..jaga alam sekitar.. jarak parking kereta dengan tempat berkelah tak sampai 100meter pun..tersangatla dekat.. so klu yg jenis malas nak berjalan jauh parking kereta..meh dtg pantai purnama..

Dah alang2 sampai ke Negeri Sembilan.. aku ajak anak2 pergi tgk Masjid Sendayan yg besar tu..saja jalan2.. klu balik rumah terus bukan buat apa pun..

cantikkan..aku suka design bangunan yg ada jam tu.. nampak kelainan pada bangunan masjid yg ada dlm Malaysia..

So inilah coretan serba ringkas tentang Pantai Purnama, Port Dickson..  aku dari Cheras KL, Pergi ikut tol PLUS balik ikut tol LEKAS.. 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...