29 January 2019

Twins dah mula tadika 2019 :: PASTI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..tahun ni twins dah masuk 5 tahun..so aku hantar diorg masuk PASTI.. sekejap je rasa anak2 membesar..tahun depan sorg lagi, amin plak.. sebenarnya lama dah anak2 tanya..bila nak sekolah..bila nak sekolah.. sebab jiran2 ada yang anak 4 tahun dah hantar tadika.. bagi aku 4 tahun awal sgt nak hantar pun..

Haritu masa daftar masuk sekolah tak pergi..minggu depannya baru pergi PASTI sebab aku baru balik Mekah.. nasib la anak2 okey.. mula2 hantar masuk ke PASTI tu masing2 excited..haha..fateh dengan fatehah..tapi bila time jemput anak2 balik PASTI tengok2 fateh dah menangis..haha.. biasa la tu..dia tak biasa kena tinggal dan berjauhan dengan abi ummi dia.. so cikgu terpaksa letakkan dia bersama dengan kakak.. sebab kat PASTI tu diorg asingkan lelaki dan perempuan.. bila dah menangis mcm tu terpaksa duduk sekali la...kembar kan...haha..

apa2 pun semoga anak2  ku membesar menjadi anak2 yang Soleh dan juga Solehah..

PASTI TETAP DIHATI

cuba teka sapa yang nangis kat sekolah??

sarapan dalam kereta ja.. 


lepas pakai baju sukan ni terus mintak abi ambik gambar..pastu ckp hensem tak fateh..hehe



sekarang pagi-pagi.. bukan fateh dengan fatehah je bangun.. keempat2 sekali bangun..termasuk la yang paling kecik tu..dia la yg paling sibuk.. tgk la tu..orang sarapan dia pun nak jugak..

pastu terus merangkak keluar rumah..nak ikut abi pi kerja..haha..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...