24 July 2019

hujung minggu Di Taman BOTANI Putrajaya

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. lagi beberapa hari dah nak masuk Bulan Zulhijjah..semestinya kita dapat tahu kehadiran bulan tersebut dengan berita2 dari sanak saudara yang dapat panggilan menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci Mekah.
Tahun ni adalah tahun kedua Kompleks Tabung Haji di Sepang, bersebelahan masjid KLIA digunakan..tahun ni berkesempatan jugak aku utk kesana..hantaq orang pi haji.. dan semestinya proses check-in bagi jemaah haji berjalan dengan lancar dan mudah sebab kompleks yang baru ni dekat sangat dengan KLIA..klu sebelum2 ni jemaah haji akan berkumpul di Kelana Jaya..so perjalanan utk ke lapangan terbang ambik masa yg panjang..  bagi aku kawasan yang baru ni strategik la..dengan kawasan yang agak lapang.. Semoga lepas ni aku plak dapat jemputan menjadi tetamu Allah..Ameen..

Mak mertua dengan adik ipar datang dari Ipoh bermalam di rumah kami..esoknya baru nak pi hantar org gi haji.sampai sana ngam2 jemaah nak check in masuk.. nasib baik sempat berjumpa bersalam apa semua la.. gambar tak sempat nak snap satu dua..sebab kelam kabut..huhu..

Sebenarnya kami dah siap masak makanan tghri..bawak bekal dalam kereta.. tapi tak tau nak makan di mana..ingat nak berkelah je tepi lapangan terbang..tp memandangkan cuaca agak terik..tak jadi..terus plan nak pi putrajaya.. destinasinya adalah Taman Botani..
singgah solat zohor di Masjid Putra.. masjid ni tempat wuduk tak la jauh sgt mcm masjid besi..
tapi agak sibuk dengan pelancong2 asing yg dtg melawat la.. 
kena mengasuh budak kecik ni ha....
nasib ada fateh dok melayan adik dia..
budak kecik ni kalau melayan dia..memg seronok la..tambahan plak kawasan masjid tu lapang..sejuk..sakan la dia beraksi dengan abg dia..
siap posing bagai anak teruna ni..
kononnya boboiboy kuasa tiga la katakan..last2 gambar kat tengah2 tak nak muncul..jadi 2 ja..ok la daripada tak dak...nak boboiboy jugak kan..

Taman Botani berdekatan je dengan Masjid Putra..
bila sampai terus bawak bekal turun dan cari port teduh..bawah pokok.. ALhamdulillah tak ramai sgt orang.. haritu aku pergi ramai sgt..siap buat birthday party bagai..
makan je la apa yang ummi masak..
budak2 klu berkelah tak ingat nak makan dah..kerja nak main ja..

si kecik tu tak sabar nak main
sebelah tu ada bukit kecil..bagi depan berlari main bukit tu je la..kawasan tepi tasik tu mcm panas lagi.. so sambil makan sambil tgk anak main kat sebelah..
lepas dah makan..kita pergi jalan2 sekitar taman botani tu..ada kawasan Astaka Morocco..
kawasan ni dibina dengan binaan senibina morocco..mmg cantik..sesuai utk Photoshoot..utk wedding ka..konvokesyen ka..tapi kena dtg time tak ramai org la..klu sabtu ahad...mmg nak bergambar pun susah..boleh tu boleh..tapi tak dpt view cantik la..merata2 ada ja orang..haha.. klu betul nak bergambar utk letak frame bagai apa smua..elok dtg time waktu bekerja..mesti tak ramai orang..
belakang pintu ni sebenarnya orang bergambar..tapi kami malas nak tunggu..bawak anak2 mai blkg ni..terus bergambar..senang..haha

sedikit view senibina yang ada di situ

posing..jgn tak posing..
family potret..kat sini pun jenuh tunggu..

haha..asal sempat ja..tgk tak dak org lalu lalang..terus cepat2 snap..
tak habis2 gaya ultraman
ummi dengan anak daranya
asal tak dak orang terus snap..kena paksa sruh posing..haha
muka kepenatan..sebenarnya byk lagi view dalam tu..tapi malas nak beratur..sebab ramai sgt orang.. dah jom balik..next time datang lagi..hehe

sebelum sampai rumah dan singgah taman dlu..bagi anak2 penat..malam kang senang nak tido
malamnya adik ipar belanja pizza..layannn..

22 July 2019

Kenduri Di MASJID Wilayah

Assalamualaikum..
Jalan2 pi makan kenduri.. orang jemput kita penuhi..hehe..
macam biasa..sebelum bergerak..selfie dulu sekali dua..
yang ni ambik masa umi tak masuk kereta lagi..mcm biasa la..ummi selalu lewat..menguruskan anak2

hehe..Sepanjang duduk hampir 15 tahun dekat lembah klang ni..tak pernah ada jemputan kenduri di Masjid Wilayah..hehe..jakun skit la..tak tau la plak ada dewan nikah dengan dewan orang ramai kat dalam tu..

Ok la..sebab dewan nikah dia buat luar dari ruang solat..tak mengganggu orang yang datang nak solat.. ada dewan khas utk lansungkan pernikahan.50 ringgit kot bayaran sekali guna.. just letak dalam tabung khas yg disediakan..

Sampai sana sesat la jugak.. cari dewan sampai naik tingkat atas..haha..

Tahniah abg Din atas perkahwinan anak dan menantu.. aku kenal abg din ni hampir 8 tahun.. kenal pun masa mula2 berkecimpung dalam dunia fotografi..hehe.. walaupun perbezaan umur kami agak jauh.. tapi abg din still berjiwa muda.. kadang2 tu kalah orang muda.. apa2 pun nasik kenduri, lauk kenduri..mmg sedap.. siap tambah kot..haha.. nasib masa pi tu tak ramai lagi orang..boleh la tambah2..kalau dah ramai orang segan plak...
cantik kan masjid Wilayah.. nampak mcm ala2 kat turki.. cantik senibina masjid ni.. kemasan dia tak sama macam masjid2 yang lain..
tangga masuk ke dewan solat utama..
sempat posing depan pintu dewan solat..padahal masa ni tgh sesat cari dewan kahwin..haha..last2 tanya makcik cleaner tu dia ckp dekat bawah.. padahal dekat ja dengan pintu masuk..haha..

19 July 2019

Semua makan DURIAN kecuali......

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..tahun ni pun rasanya harga durian tak la melambung sgt..dalam pada orang dok jual timbang tu masih lagi ada peniaga yang jual longgok..tapi durian kampung la.. durian yang ada gred tu semua pakai harga timbang kilo.

Alkisahnya jiran sebelah rumah aku ni dia selalu pi ambik durian di kebun dan jual kat kawasan perumahan..ramai jugak la yang beli..sebab selalunya durian yang dia jual buah elok..lagipun dia bukak kat situ..boleh tgk klu rasa tak elok..tak nak..boleh ambik yang lain..
durian kampung ni bercampur..pandai pilih dapat la yg terbaik diantara yang baik
boleh kupas tgk isi buah ok ke tak..

Dulu aku dengan wife ja makan.. boleh la sebiji dua..tapi sekarang ni..mana ckup klu 2 biji..pasal semua makan durian..kecuali kakak..huhu..kakak ni susah skit nak makan buah2an.. ada buah2 tertentu ja yang dia makan..tapi anak2 aku yang lain..tak kisah buah apa bedal ja smua.. sampai tok dengan wan depa seronok tgk anak2 aku bila makan buah..bersungguh..

risau jugak aku sebab kecik2 makan durian byk..takut panas badan..malam tak boleh tido
so amalkan je la petua orang tua2..minum air dari pangsa durian tu..
budak kecik ni pun boleh tahan byk dia makan...haha

setiap kali musim rambutan..ada la bungkusan kotak yang akan dipos dari kedah... tok wan pos buah kat cucu2 dia..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...