11 June 2018

LEMANG & RENDANG

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari jumaat minggu lepas persatuan penduduk Blok Frangipani, blok yang aku tinggal,  ada menganjurkan program gotong royong memasak rendang dan membakar lemang..wlupun aku dah xjadi ajk tahun ni..tp tetap support apa yang persatuan buat..lagi2 program yang membawa kebaikan dari segi ukhuwwah persahabatan dan kejiranan..baru la ada mood perantauan..semangat nak balik raya..haha
kayu api..pergi mintak dekat tapak projek pembinaan..hehe..niat mmg nak beli..tapi diorg tnya nak buat apa..ckp nak buat lemang utk persatuan penduduk..terus dapat free..hehe..

kampung aku jarang buat lemang ni..jadi aku xberapa tahu sangat.. tolong apa yang patut ja.. lepas tgk ja proses utk buat lemang tu, baru aku terpikir, patutla lemang mahal...susah jugak.. lama nak siapkan dia.. letih..haha.. malam tu ja kami bakar 100 batang lemang..ikutkan nak bakar 200 batang lemang.tapi disebabkan supplier xdapat nak bekalkan 200 btg buluh..hnya 100 ja..maka dapatlah 100 btg ja. maybe lepas raya nanti akan ditambah 100 lagi..

kos sebatang buluh ja dah RM1.20..ok la..buluh cantik2.. rendang plak kitorang buat rendang ayam.. satu kawah.. yg ni xrumit sgt..mudah ja..hhaha..


naikkan khemah..risau hujan ja.. 
 
buluh selesai dimasukkan daun pisang..
ni masukkan beras pulut dalam buluh..sebelum tu kena masukkan daun pisang dulu dalam buluh..masa proses masukkan daun aku belum sampai lagi..haha..sampai2 ja diorg tgh masukkan beras pulut..
 
dan masukkan santan..lagi pekat santan lagi berlemak la lemang korang..haha..

tu dia rendang ayam..jenuh nak siapkan 100 bekas.. ok la tu..lemang sebatang dengan rendang ayam (2 ketul).. pakat2 dapat merasa..

nyalakan api dulu..sebelum jadi bara..

ginila gayanya seratus batang bakar sekaligus..

masa dok susun byk2 buluh lemang tu..tetiba terbalik..menggelongsor sebelah kiri..huhu..habih tumpah santan..terpaksa isi balik...panaih ooo..

dan selepas letak buluh lemang..kena sentiasa pantau..pusing.. dan ketuk sikit2..bagi mampat..
haha..katanya begitula..aku mana pernah bakar lemang..klu ada pengalaman pun masa kecik2 dlu..kecik2 dlu apa tau..org sibuk bakar lemang kita sibuk bakar mercun la..bagi meriah skit keadaan..hahaha..

masa ni dah nak siap..lama jugak bakar lemang ni..huhu..daripada ramai..sedikit demi sedikit ja yg tinggal..sebab tu org tak nak buat..beli je senang..tu kalau nak makan sedikit la..tp klu nak makan byk..adik beradik balik kampung..ada dekat 50 ke 100 orang... mmg kena buat la..jenuh siap duit klu nak beli..

Sebenarnya tujuan ketua blok ni nak penduduk bersatu dalam apa jua aktiviti yg dijalankan.. baru la nampak semangat kejiranan tu.. InsyaAllah next aktiviti adalah jamuan raya..


No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...