1. Zoo Melaka
Harga Tiket
Dewasa : RM17.80
Kanak-kanak : RM7.10 (4-12 Tahun)
Ni atur cara yang pertama sekali sebab anak-anak aku suka binatang. tapi tak semua binatang diorang berani dekat.. haha..bagi aku okey la harga tiket ni.xla mahal mcm zoo negara..huhu..aku cuma bayar RM35.60 untuk masuk zoo melaka bersama keluarga.berpatutan la kan.sebab 3 orang anak aku free (bwh 4 tahun).hehe.. Macam banyak2 haiwan kat zoo tu..diorg kena meriahkan skit tempat haiwan tumpuan contohnya gajah,zirafah, harimau, buaya, badak. sebab ni binatang yg selalu dikenali oleh kanak2.mgkin size yg agak besar.. klu binatang yg kita tak pernah jumpa tu, yang nama pelik2 tu letak la belakang2 sana tu..huhu.. Anak2 aku diorg dari awal dah dok sebut gajah..gajah..sampai2 aku beli makanan utk gajah tu RM5 (ada la seikat kecil tebu yg dipotong & roti sekeping). mula2 ingat berani la diorg..sekali kakak dengan fateh dah menginjak ke belakang..sambil nangis..takut..nak balik..haha..maybe besar sgt gajah tu..dan dekat sgt diorg dengan gajah..aku pun seram.. tp amin uqasyah rilek ja bagi makan..last2 dia pun takut tgk belalai yg panjang..sekali berdengus, ambik kau..kuat ja angin keluar dari belalai dia.. aku risau dia belit angkat amin ja.. Untuk berjalan dalam zoo melaka tu, aku dah plan nak bwk stroller sebab zoo kan luas..jd klu anak2 malas atau letih nak berjalan senang..letak ja dlm stroller..sorong ja..haha.. Kami berjalan2 dalam zoo melaka sekitar 2 jam. pastu terlepas tengok show burung..huhu..xpa..jnji anak2 puas dapat tgk binatang kesukaan diorg. next time zoo taiping pulak.
bagi arnab makan. kena beli dulu makanan arnab RM5. ada la beberapa potong lobak.
yg berani masuk fateh sorg ja.tu pun aku kena dukung.anak2 geli.diorg ingat arnab ni mcm kucing.sebab diorg takut kucing.
antara haiwan2 besar yg ada di zoo
pakat dok panggil tapir.kejut suruh tapir bangun..haha
rehat seketika..nasib baik bwk stroller.
amin uqasyah bagi gajah makan. tgk belalai gajah tu..besar wooo..
ni la gajah yang anak2 pakat takut. agak besar jugak size dia.
bergambar sebelum balik.tu pun berani2 ja fateh
wefie bersama zirafah
hero abi menunggang kura2..haha
2. Nasi Beriani Hj Thamby
Harga Makanan
Nasi Beriani Ayam : RM7
Kami sekeluarga sempat makan tengahari di Nasi Beriani Hj Thamby. Pilihan JJCM. Orang kata sekali diorg masak berperiuk2 besar..masa aku pergi tu pun orang penuh kedai..tapi xdak la sampai beratur.maybe dah sampai lewat kot. kebanyakan orang yg datang diorg beli bungkus ja.mgkin xselesa makan kat kedai atau malas nak berasak2 sebab kedai dia biasa ja..xbesar mana pun. Wife ambik nasi beriani ayam goreng, aku ambik nasi beriani ayam masak merah. Katanya klu dtg hari Jumaat diorg ada sediakan air sirap bandung percuma. Klu betul semoga murah rezeki berniaga mcm ni.
pandangan luar kedai
3. Masjid Terapung Selat Melaka
Harga : Percuma (ringan2kan tangan masuk duit dalam tabung)
Masjid ni dlu aku dah pernah pergi.tapi demi memenuhi kehendak wife aku ke sini jugak bagi solat Zohor. Lokasinya yg agak strategik dan senibina masjid yang cantik. Ramai jgak foreigner yg dtg untuk ambil gambar kenangan.
cepat je keluar kereta..nak ikut abi solat katanya
permandangan depan masjid selat melaka
pintu masuk masjid
pandangan sisi depan kubah
pandangan sisi tepi masjid. kawasan laut tu adalah selat melaka
sempat 3 beradik ni dok main sementara tunggu umi ambik wudhu'
menghadap selat melaka.kawasan ni dlu adalah kawasan paling sibuk dengan kapal2 pedagang.
seronok tengok laut sampai xnak balik..nasib baik lepas ni terus nak ke hotel..pujuk kata nak pi mandi kolam..haha..
pandangan sisi belakang masjid.tetapi kiblat menghala ke belah kanan gambar
4. Swiss Garden Hotel & Residences, Malacca
Harga Bilik : RM250 perNight
(tapi kami dapat tiket free)
Sebenarnya kami ke Melaka sebab dapat hotel free.So duit yang ada blh belanja pada benda lain. penginapan tak perlu pikir dah. Okey la hotel ni.Hotel 4 Bintang dan antara yang tertinggi di Melaka. Dalamnya ada mall dan di atasnya ada tempat tarikan sky lounge tapi berbayar la.
pasal hotel blh baca dalam entry ni >>>swiss garden hotel<<<
5. Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai
Harga Makanan : tak pasti
(ni pun dapat makan free)
Dan inilah acara kemuncak percutian kali ni. Makan2 bersama staf kwsp seri petaling (bhgian perkhdmatan) bersama family masing2.So agak ramai la.mmg masing2 tidak mengenali satu sama lain..haha..yang penting makan ja, tak pyh pikir orang. sebab menu dia byk jugak kau. Ikan bakar ja ada 3 jenis, ketam masak blackpepper, sotong celup tepung, udang besar goreng tepung, kupang masak apa ntah.jenuh nak makan. aku mcm biasa la..tak blh laju2. pasal ada anak kecik.kena layan dlu kerenah diorg nak makan tu la, nak mkn ni lah..lepas tu baru blh masuk gear 5..haha.. alhmdlh, ramai yg tak pulun makan kat ketam..favorite aku tuh.. so blh belasah ketam byk skit..hehe rasa ikan bakar dia mmg segar dan sedap.. recommended
favorite aku.ketam
ni bahagian depan.tapi aku xkenal sapa2 pun..haha
keadaan meja bila dah habis makan..syg tgk lauk2 yg xhabis.tp apakan daya..bahagian meja aku, aku cuba habiskan drpd membazir. Tgk dah nak balik aku minum jugak.cuba nak habiskan air tembikai tu..tp tgk la..masing2 tak larat nak habiskan air..satu meja 6 org tp air tembikai 2 jug kau..byk tu.
6. Beca Bandar Melaka
Harga : RM25 /beca
Antara salah satu tarikan di Melaka ni adalah BECA. hehe..dlu masa bujang2 pergi melaka tak dak nya teringin nak naik beca dgn harga mcm tu..haha..tapi bila dah beristeri dan beranak pinak ni..terasa la nak naik, lebih kepada anak2. bila tgk diorg hepi kita pun turut hepi. Aku dgn wife tumpang sekaki la sebab sebelum ni xpernah pun naik beca bandar melaka ni. Geng2 beca ni ada persatuan berdaftar tau, dan kerajaan Melaka support pada mereka yang terlibat. Kerajaan Melaka mmg jaga benda2 yang melibatkan pelancongan ni. Beca kat sini byk, boleh pilih, kebanyakan mesra pelanggan. Yang nampak cantik di mata aku ada la 2 beca ni, satu hello kitty dan satu pikachu. warna warni siap ada lagu lagi bila beca bergerak.kuat plak tu. Oleh kerana anak2 kami xkenal hello kitty, maka aku buat keputusan naik beca pikachu. tapi lagu yang dipasang adalah didi n friends. Abg beca ni memg memahami betul. Amin uqasyah tu bukan main seronok dengar lagu dia siap tepuk2 tangan lagi. Dia xpergi jauh pun, sekadar depan kubu A'Famosa ja. pastu blh turun bergambar bagai. dan datang balik pada dia. terus pusing balik tempat naik tadi. kami naik berlima tau satu beca, mula2 dia cadangkan naik dua beca untuk keselesaan. Tp aku mintak satu je la.mana best pisah2. lagipun aku dah biasa menyempit2 dgn anak2..selesa ja..haha.. sapa naik beca nanti boleh je nak request lagu.lagu rancak2 skit ka, lagu sedih ka..kuat beb sound dia. mmg jadi perhatian la sekejap bila lalu tu..
7. Cucur Udang Alor Gajah
sekian saja percutian pendek kali ni ke Bandaraya Melaka. next time blh dtg lagi. byk lagi tempat2 menarik di Melaka ni boleh dikunjungi..
No comments:
Post a Comment