Awalnya percutian ni xdak pun dlm planner untuk pembuka tahun 2017 ni. tapi disebabkan my wife and staf dapat percutian free.maka dengan sukacitanya diterima tanpa ada bantahan. wlupun percutian singkat.maybe bermakna jika manfaatkan sebaiknya. kitorang dapat free bilik hotel 2D1N di Swiss Garden Hotel & Residences Malacca berserta breakfast. ok la tu kan..sapa nak bagi free. Dan juga nakan malan juga di sponsored bertempat di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai.
Alhamdulillah rezeki.
Swiss Garden Hotel & Residences - boleh nampak sedari jauh.. (hotels.com)
Hotel Swiss Garden Melaka ni tak susah nak cari sebenarnya..klu duduk kat bandaraya melaka tu korang akan tetap nampak beb..katanya hotel ni antara yang paling tinggi di melaka ni.. klu malam pun nampak jgak sebab lampu hotel tu menyerlah..
sekarang ni rata2 pakai waze jer..sampai depan pintu lobi hotel dia bagi lokasi..haha.. klu tiba2 nset terpadam, xdak bateri ingat ja nama jalan.. Jln munshi abdullah...sebab dekat signboard jalan tu dia akan mention nama jln..nama hotel mmg xdak la..jumpa signboard jln munshi Abdullah follow je sampai jumpa hotel, atau korang boleh cari perkampungan Mortern, sebab perkampungan tu berhadapan dengan hotel ni.
kitorang tak book hotel, so tak tau keadaan dalam hotel.bila dapat masuk ja..wahhh..cantik..luas..ada balkoni.bilik mandi berasingan dengan tandas.yang bestnya ada tab mandi.tak semua bilik hotel tau ada tab mandi.kawasan bilik air ni mmg blh nampak dari luar, cermin kaca. tapi jgn risau ada bidai. Iron dengan iron board ada siap dlm almari, katil king size ada double.aircond sejuk..okey.cuma pastikan bila lepas bukak pintu balkoni,pintu tu ditutup rapat balik..klu tak mmg aircond tak berfungsi la..sebab bila pintu balkoni dibuka automatik aircond off. overall bilik mmg sgt okey. dan hepi bila tgk anak2 lompat atas katil, yang si kecik tu ikut ja apa yang abg dgn kakak dia buat.
ni la ruang bilik kitorang..luas jugak la.
tgk ruang bilik air dia..can be seen through glass..haha..orang luar blh nampak segala aktiviti kat dalam tu..klu korang berendam dlm tab mandi tu pun masih boleh tgk tv melalui cermin kaca tu..klu rasa malu turunkan je bidai.
apa yang aku nak komen skit adala pasal bilik air. sebab di ruang tandas tak ada lubang air. aku org melayu Islam kot. bila beristinjak mmg byk guna air, so mmg akan basah la ruang tu.tp bila dah xdak lubang air mengalir keluar secara hepinya air tu bertakung..bila bertakung jadi sejuk..bila sejuk nak pijak pun terjengket2..huhu.. aku rasa dia buat bilik tandas tu ikut citarasa mat saleh kot..jenis istinjak guna tisu ja.sebab tu sentiasa kering ja. dan satu lagi pasal ekon tak dak remote dan xdak suis yg berdekatan dgn kepala katil..so bila tgh malam tetiba rasa sejuk sgt korang kena bangun sambil mata tertutup terbukak cari suis ekon kat depan pintu sana tu then off kan..huhu..bila tetiba rasa nk bukak balik kena bangun plak untuk on..hmm..tp itu komen aku la.. dan still tak mengganggu mood bercuti kami sekeluarga..masalah kecik ja tu.
ruang pool hotel..yang depan ni untuk org dewasa.. sebelah cermin depan sana untuk kanak2.. dan bilik atas pool ni adalah gym.
mula2 mcm takut2.nak tak nak ja masuk..diorg ni selagi tak dipaksa.mmg kat situ je la duduk sampai balik.
tgk la tu..sorg nak berdukung sorg tak..
tapi paksa ja.rugi la tak enjoy kat sini..alang2 dah dapat menginap di hotel ni.
sebelah masuk ke pool dewasa ni ada bubbles massage..korang blh lepak2 sambil baring..terasa di bahagian belakang seperti diurut2..hehe. fateh suka dok sini..dua kali ulang..
disebabkan pool utk anak2 ni berada di tingkat 9, so angin disitu agak kuat la.menggigil anak2..si kembar aku tu pun menggigil..tp fateh bila ajak balik xnak plak..dia masih nak mandi.mula2 ja rasa takut bagai..bila dah syok tak nak balik plak..
dua2 ni dah kesejukan..menggigil sampai nak bercakap pun xblh..tapi ada hati lagi nak mandi.xmau balik..huhu..
tp selepas sesi pujuk memujuk akhirnya berjaya jugak..tapi kena sambung mandi di bilik hotel.kalini mandi dalam bath tub plak..berkubang la dalam tu. Oh ya,utk di kolam mandi tadi tuala dibekalkan 2 helai. tuala merah belang putih. sebelum balik kena pulang balik.
last2 ni la penyambungnya..bath tub dalam bilik hotel..haha..
si kecik tu pun sama naik gak..
ni la keadaan bila dah kepenatan main masa di pool + berendam dlm bath tub hotel. yg kecik tu tak terkecuali okey..sama naik ja.
di bahagian bwh hotel ni ada mall, tapi kami xberkesempatan nak jalan2..sebab malam ada makan2 di Parameswara Umbai. Balik pun dah pukul 11 lebih.anak2 pun dah tido. xblh la nak pusing2 keliling hotel..tp pasangan yg tak dak anak kecik mmg diorg berjalan sampai lewat malam la..malam masih muda..aku? aku apalagi layan kopi di balkoni belakang la..angin bayu laut selat melaka menghiasi malam..nyaman..hilang stress.
klu nak rasa lebih feel santai.korang boleh lepak mandi di infinity pool..
Sesapa korang yg nak book hotel ni ambik la sekali pakej breakfast..berbaloi.senang..pagi2 leh lepak sarapan dalam hotel.makanan mcm2 ada..blh la..kena dengan selera tekak kami sekeluarga. kena plak kami dapat dok sebelah tingkap.dapat la tgk permandangan cantik sambil sarapan.kakak tak habis2 bercakap apa yg dia tgk di tingkap..mula2 nampak orang berbasikal la.orang jogging la.sekejap2 boat lintas.boat pun ada lalu jugak. sebab sungai sebelah hotel ni adalah laluan river cruise melaka.
korang yang mana nak datang melaka nak rasa hotel 4 star dgn permandangan yg super cantik.. boleh menginap di hotel ni..insyaAllah klu ada rezeki blh repeat dtg sini lagi..hehehe.rasa tak puas plak dapat duduk sehari ja...
sunrise - pagi sebelum check out.
selamat pagi kampung Morten - kampung ni dibiayai oleh Kerajaan Negeri untuk sentiasa terpelihara.
Salam. Sy nk tnya ni bilik deluxe ke? Konfius tgk bilik kt agoda.hehe
ReplyDeletewkslm..rasanya deluxe kot..tak pasti sebab company wife yang uruskan..dia just bagi bilik ja pada kitorg..tak tanya plak deluxe ka apa..tapi berbaloi la dok sini..puaih hati..rasa nak pergi lagi sekali..hehe
DeletePuas hati stay cni...sya ari tu 3D 2N
DeleteThank you for such a well written article. It’s full of insightful information and entertaining descriptions. Your point of view is the best among many. garden residences balance units chart
ReplyDeletePool baju bebas ka... Atau swimming suit
ReplyDeletebaju bebas..
Delete