Assalamualaikum..
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
16 November 2019 Isteri aku selamat melahirkan anak kami yang ke-5.. bertambah lagi ahli keluarga kami..Alhamdulillah, Semuanya dipermudahkan Allah, begitulah aturanNya.
Alhamdulillah..syukur sangat kepada ALLAH atas nikmat dan kurnianNya yang tidak terhingga. Sebenarnya utk anak yang dilahirkan kali ni tak terduga pun sebab kitorg suami dan isteri dah merancang utk beri ruang tempoh bertenang, tetapi dah nama rezeki ni dia lekat juga.. apa yang mampu disebut adalah Alhamdulillah..
Sepanjang tempoh kehamilan, keadaan wife seperti biasa la..alahan yang agak teruk..
Kami sekali lagi merancang utk sambut kelahiran anak di HUKM atas sebab beberapa faktor. 2 orang anak kami yang dilahirkan disana cukup utk memberikan satu pengalaman yang indah sebab sgt2 selesa dekat situ, staf yang friendly, nurse2 yang tak suka marah2..ckp dengan nada yang baik2. Fasiliti yang cukup. Yes, Doktor pakar kanak2 ramai dekat sana.
Aku boleh katakan proses kelahiran anak yang ke 5 kali ni sangat-sangat dipermudahkan Allah.
Untuk due date wife aku bersalin pada 10/11/2019. Tetapi pengalaman sebelum-sebelum ni boleh dikatakan semuanya melepasi tarikh 'due date' dan ada yang sampai ke tarikh akhir yang diber doktor dan hampir-hampir kena 'induce'.
Wife aku masa sampai tarikh due date 10/11/2019 masih lagi belum ada tanda2 nak bersalin. Esoknya gi jumpa doktor dia bagi tarikh akhir pada 19/11. Kiranya 19hb tu klu tak bersalin jugak mmg kena 'induce' la jawabnya.
Pada 16hb, Hari sabtu..alhamdulillah..hari cuti..pagi hari wife dah ada rasa sedikit 'contraction'. dan bila dah ada tanda-tanda tu, kita kena kira masa dan kekerapan berlaku contraction tu. Alhamdulillah, sekarang dah ada pelbagai aplikasi yang boleh membantu untk mengira contraction. Mudah kerja.Install ja.
bila dah nak masuk tengahari contraction wife dah makin kerap, aku rilek mcm biasa la..sebab dah ada pengalaman..kalau pergi hospital awal pun nanti duduk terbaring atas katil je menunggu bukaan. So wife bercadang nak pergi HUKM lepas asar. Tup-tup bila waktu zohor dia dah tak tahan..rasa mcm nak terberanak..haha.. so masing2 bersiap mandi solat apa smua, dan terus gerak ke HUKM.
Sampai ja di HUKM terus ke wad bersalin.turunkan wife dan aku terus mencari parking. Satu ka kat HUKM ni yang aku tak berkenan, parking kereta dia agak mahal. Dah la orang datang hospital sebab sakit, nak bayar parking pun bertambah sakit.
aku sampai ja tgk wife dah selesai daftar dan doktor check kata dah buka 5cm..so terus dibawa ke 'labour room'..
aku dengan beg bagai ikut ja la ka labour room..boleh masuk sekali tapi kena daftar dulu.. dalam aku dok proses daftar wife kat dalam tengah dalam proses persedian kelahiran, letak ECG baby la, bantuan pernafasan, segala peralatan.
Selesai daftar, aku masuk tgk wife dalam 3 ke 5 minit gitu nurse bidan datang, cek bukaan, dan pecahkan air ketuban. Lepas tu terus dia ckp dah nampak kepala baby, pastu dia ckp kat wife klu rasa nak 'terberak' tu teran ja. kepala baby dah nampak. Ingatkan dia ckp suruh teran tu, dia dah standby la...last2 wife teran betul2 kelam kabut dia, panggilkan nurse2 yang lain.
Alhamdulillah lepas 4 ke 5 kali teran dengan nafas yang panjang, sambil aku berada disisi kepala isteri untuk membantu. Pukul 2.45ptg mcmtu.Baby berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah yang memberi aku rezeki seorang lagi bayi Perempuan dengan kelahiran yang normal dan sempurna. Berat baby masa tu 3.37.
Dan aku diminta utk keluar sebentar utk mereka mengemas apa yang patut.
Selang beberapa minit nurse panggil aku masuk utk diazankan pada telinga baby.
Allah, gembiranya aku masa ni tak terhingga..Syukur Alhamdulillah..
Selesai diazankan.. letak balik baby dalam bekas ni kata nurse.. sebab dalam ni suhu mcm suam-suam gitu.. machine warmer..
sambil-sambil tu wife diberi snack utk mengembalikan tenaga yang telang hilang dalam proses melahirkan anak tadi.
Alhamdulillah, wife bagi susu pada baby. Masa ni wife bagitau yang baby tak dak masalah dan dia pun okey..sebab tak dak koyakan, dan tak perlu jahit..
Alhamdulillah..cuma tunggu baby mula berak dan kencing..esoknya dah boleh balik..
Alhamdulillah..cuma tunggu baby mula berak dan kencing..esoknya dah boleh balik..
tinggal baby..abi nak balik uruskan abg-abg dan kakak kat rumah..esok pagi kita jumpa.
nampak sebelah baby tu ada uri yang telah dibungkus siap untuk diberi pada waris bawak balik bersihkan dan tanam..
Dan Alhamdulillah..esoknya mmg dah boleh discaj..so cuma sehari bermalam di HUKM.
budak kecik ni dah jadi abg. kat rumah ajar dia baca buku, main, bagi dia lupa sat kat ummi dia..sebab ummi dah ada baby baru.. abi take over yang lain.
tempat biasa.. tanam uri anak-anak di tepi surau.
Alhamdulillah yang tinggal kat rumah ni pandai jaga diti..walaupun ada maktok diorg datang dari ipoh tolong jagakan..
time ok tersangat la okey..time bergaduh..xok la skejap..haha..biasa la..adik beradik..
Hari Sabtu Bersalin, hari Ahad Discaj, Hari Isnin rehat sekejap dan ke klinik cek kuning, Hari Selasa bawak pergi tahnik dengan SS Mufti Wilayah Persekutuan.. Alhamdulillah, kebetulan minggu tu tahnik hari Selasa..selesai tahnik terus gerak balik Ipoh, berpantang di sana.. wife nak berpantang di sana. mak ayah aku ada jugak ajak berpantang di kedah.. tp dah keputusan tuan badan nak di Ipoh, kena akur la keputusan dia.
bergambar kenangan bersama SS Mufti Wilayah Persekutan
Alhamdulillah, pagi tu bertemu dengan kak hasmuna, kak angkat aku sewaktu belajar di sekolah dulu, rupanya pej dia satu bangunan dengan pej mufti..Alhamdulillah..dapat la jugak minta bantuan dia.. tolong-tolong apa yang patut..terima kasih sgt.
Wife akan berpantang di Ipoh sehingga hujung tahun 2019..Katanya 2020 dia dah nak balik dok KL..
sambung pantang di KL.
Ni muka-muka yang sayang pada adik baru diorg..
Anak Pertama Fatehah
Anak Kedua Fateh
Anak Ketiga Amin
Anak Keempat Luqman
dan Anak Yang Kelima Farhatul
Alhamdulillah..Syukur atas segala kurnian rahmat dan nikmat daripada Allah SWT..
Terima kasih kepada adik beradik dan sahabat handai yang mendoakan kami..
Semoga kita semua mendapat Keberkatan dan Kerahmatan daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment