Assalamualaikum.
Alhamdulillah.. selesai sukan tahunan Pasti, selang beberapa hari diadakan pula Hari Anugerah Kecermelangan PASTI Bandar Tun Razak Tahun 2019.
Alhamdulillah, anak2 abi memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam pembelajaran..mana taknya..ummi depa tak bekerja..suri rumah..jadi dengan kesempatan tu mmg jadi tutor la kat rumah.. tapi standby tisu la..garang..hehe..terima kasih sebab mendidik anak2 kita.
Kata cikgu diorg, balik kena buat homework, hafazan lagi.. Alhamdulillah, dengan waktu terluang yang ada..sama2 pakat belajar.. cuma kesabaran kena tinggi la..utk anak kembar tak seiras ni.. IQ dan EQ mereka tak sama.. kena pandai tackle.. kitorg puas google teknik2 apa yang ada..
aku plak sibuk siapkan PLAY CARD.. bagi aku dgn cara guna playkad ni lagi senang nak ingat.. mgkin sebab aku rasa dulu2 aku mmg berkesan belajar dengan menggunakan playkad..
Untuk hafazan, aku akan hafal dulu sebelum praktis sama2 dengan anak sewaktu sebelum nak tidur. Untuk 5 Tahun mereka diberi Surah Al-Mulk. Begitu juga masa pertandingan nasyid dulu..anak2 nyanyi terabur2 lirik, sebutan tak kena, melodi pun lari..So terpaksa la aku pun turut hafal lagu diorg. Dan praktis sama2 sekali dengan gaya.. rupanya bila kita turut sertai mereka..mereka akan jadi lebih bersemangat.. Tapi serius, mmg kena byk berkorban masa dan tenaga.
Alhamdulillah..umi diberi kesempatan lagi utk meraikan kejayaan anak2..sebab masih belum bersalin..dan tak da tanda2 nak bersalin lagi masa ni..
Majlis Hari Anugerah ni turut sekali dengan Konvokesyen bagi anak2 6 tahun yang akan tamar belajar di PASTI dan akan memasuk alam persekolahan.
walaupun tak berjaya naik pentas utk anugerah cemerlang..fateh tetap datang bg support dekat kakak..hehe
Puaih menunggu bila la nak sampai masa kakak ambil hadiah..
Alhamdulillah, tudia kakak..dapat hadiah kerana mendapat No 1 di pasti Al-Aulad.. masa ujian pertengahan fateh dapat No 1 kakak No 2. tapi masa tu mmg tak dak hadiah la.. dan bila ujian akhir tahun ni Kakak dapat No1, fateh dapat No. 4..Alhamdulillah.. no bukan penentuan tetapi semangat mereka utk belajar harus dipuji..
Penuh tangan aih dapat hadiah.. cewi la skit..
Bagi anak2 yang dapat tempat pertama dan kedua akan dpilih utk mewakili PASTI masing utk menduduki ujian bagi peringkat Bandar Tun Razak. Dan keputusannya kakak mendapat tempat ke 4 daripada 7 pasti yang ada di Bandar Tun Razak..Alhamdulillah..
cuma tak dapat naik pentas, sebab hadiah hanya ditawarkan utk tempat pertama, kedua, dan ketiga.
bila fateh tgk kakak dapat hadiah banyak, dia pun mcm terasa la skit kot.. ye la.. kembar kan.. mesti la ada rasa sesuatu. Dan dia dok ulang cakap, dia pun pernah dapat No 1 dalam kelas.
dan Alhamdulillah, disekitar dewan tu ada orang jual jambak bunga coklat yang digubah, dan aku suruh umi dia beli.
Dan bagi pada fateh, aku tak ckp apa masa ni..aku tak cakap aku beli, aku tak cakap cikgu bagi..biarla apa pun tanggapan dia.. yang penting ni hadiah utk yang No.1 dulu tu. so di dah rasa gembira balik bersama kembarnya..hehe..
dan bergambar bersama.. fateh fatehah..
Alhamdulillah..dia ok dan mcm biasa selepas itu.. tak habis bergambar gaya macho gitu..haha..aku tak pernah ajar pun, tak tau la daripada mana dia tiru.
Alhamdulillah..we are together.. sama2 meraikan kejayaan anak2..
Semoga terus diberikan kejayaan di dunia dan akhirat. Ameen
No comments:
Post a Comment