04 September 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 :: PUTRAJAYA 2018 :: tertunai janji

Assalamualaikum..

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 61.. Alhamdulillah..kita masih lagi hidup di dalam negara yang penuh kesejahteraan dan keamanan daripada perang.. cuma Jenayah je masih lagi tinggi..

Sambutan dan perbarisan kali ni buat di Dataran Putrajaya..lokasi yang agak luas la jugak.. dan aku berjaya tunaikan janji pada anak2 utk bawak tgk perbarisan..2 tahun lepas masa first nak bawak diorg tgk perbarisan,..anak2 tak berapa nk sihat..tak jadi..tahun berikutnya aku plak ada hal..tak jadi lagi..tapi alhamdulillah..tahun ni jadi..hehe..seronok la diorg dapat pegang bendera sorg satu..

asyik2 dok ulang tanya..bila nak pergi..bila nak pergi..dah hari2 iklan dalam tv dok tunjuk pasal kemerdekaan ni.. dok ulang ayat.."malaysia kita punya"..
sebab lagu tema hari kemerdekaan tahun ni..tajuk dia Malaysia kita punya nyanyian oleh Bunkface..

hari jadi tu..aku dgn wife bangun awal..siapkan makanan diorg..bekalkan apa yang patut..sebab nanti kat sana..nak beli makanan susah sebab ramai orang..pastu harga mesti agak mahal..jadi bawak bekal ja..dan ternyata..sampai sana..dok tunggu perbarisan..lapaq weiii...hehe.. dan pastikan korang sampai awal utk elak kesesakan..dan untuk dapatkan tempat di depan..klu sampai lambt dok belakang je la..aku klu tak bawak anak2..tak kisah dok blkg,..tp klu bawak anak2..kena duduk depan..klu tak nanti jenuh diorg tak nampak..

sebelum subuh bertolak dari cheras ke putrajaya..parking kereta dan singgah solat di Masjid Besi Putrajaya.. sebab klu subuh di rumah mmg lewat la sampai ke putrajaya.. solat subuh mmg ramai gila orang..termasuk la peserta2 yg terlibat dlm perbarisan tu.. dengan uniform masing2..  ramai oo.. dan Imam masjid tak panjangkan solat.. (tak buat sujud sajdah) sebab hari jumaat kan..

parking sebenarnya byk..aku parking dalam masjid besi sebab dalam tu kompom berbumbung..so klu hujan ka apa ka..ok la skit kan.. tapi..problem bila nak kluar dari parking bila event tamat.. sebab ramai yang jenis tak reti nak beratur..main sumbat ja..asal boleh kluar.. sejam lebih kot dekat parking tu..bayangkan..huhu

kecik2 dah kena usung sana sini..hehe..baru la lasak.. baby boy kan.. ko tgk baju aku tu..hehe..oleh kerana xdak baju kaler yang agak matching dengan bendera malaysia..so aku pakai ja baju ride superbike beberapa tahun lepas punya..mmg warna bendera malaysia la kan..haha
anak2 aku jaga sejak dari sebelum subuh..pastu nak tunggu perbarisan ada la dlm 2jam gitu..masa tu boring apa smua kluar la..budak2 katakan..aku kluarkan makanan je la..apa lagi..
dah mkn apa smua..sambil diorg pasang lagu patriotik kuat2.. masih tak start2 lagi..haha..
sepatutnya aku sruh diorg tido ja lepas subuh tu.. huhu
seronok la dapat bendera sorang satu.. asyik dok kibar ja..

luqman pun nak jugak..hehe
amin dah mula boring.. terpaksa kena berdukung..kang angin tak okey..jenuh la abi dia..

ye..majlis bermula dengan perarakan panji2..

perbarisan bermula..time ni anak2 dah dok ralit tgk perbarisan.. cuma awal2 ni jentera2 belum ada..dah tgh2 skit baru ada pelbagai jenis jentera..

haaa...yang ni ja yang diorg nak tgk sgt pun..hahaha..jentera berat..hehe.. kereta kebal PENDEKAR
jentera bomba..antara jabatan yang diantaranya byk jentera2 berat..
bot laju berkuasa tinggi oleh MARITIM MALAYSIA

jentera UTK PDRM

AV8 ATM

silap kedudukan..sepatutnya duduk sebelah sana..baru nampak ..sebab diorg yang terlibat perbarisan..akan tabik hormat pada Yang di-Pertuan Agong.. dan juga matahari akan mula naik sebelah sana..so org yang duduk depan2 ni smua teduh..lindung bayang bangunan Istana Kehakiman..
kami yang dok belah sini..kena la cahaya matahari..ambik gambar pun agak gelap skit..tapi alhamdulillah cuaca hari tu ok..mendung ja..ada cahaya matahari pun xterang..just nice..anak2 pun tak mengeluh kata panas..
amin dah penat..so kena la jugak dukung..huhu..
selfie skit..
sebenarnya aku nak pergi tempat jentera2 tadi dikumpulkan..ambik2 gambar dengan kereta kebal apa smua..sekali dengan askar2 yang berbaris tadi full equipment di badan...dan korang kena tahu tempat garis penamat perbarisan bila buat di putrajaya..mmg agak jauh woooiiii...jauh gila permulaan dia..dan jauh juga garis penamat dia..huhu..aku plak kat tgh2..dengan org yang super crowded..mmg anak2 ajak balik je la..klu kat dataran merdeka dlu..garis permulaan dengan garis penamat pendek ja.. so klu nak berlegar pun kawasan2 dekat tu ja..kena kat putrajaya ni puas ko berjalan..klu tak bawak anak xpa lagi..haha..

kami anak Merdeka..
Kami anak Malaysia..
cukup 1 family Abu Fateh
kejutan terakhir... lintasan helikopter..
dengan formasinya..
orang yang ramai..susah nak berjalan..tambah anak2 kecik lagi..kang klu tak pegang tgn..mmg hilang la jawabnya..



Kami Warganegara Malaysia..
si kecik ni pun xmeragam bila bwk tempat2 crowded mcm ni..haha

kepenatan la tu..mintak abi belikan milo ais..celah mana nak cari..haha

rehat sebentar di kawasan sekitar..
sesiapa yang parking luar dari kawasan perbarisan ni..shuttle bus akan disediakan..tapi masa pergi okey lagi..sebab orang dtg berperingkat2..tapi bila balik..serentak habis event..serentak org nak balik.. mmg beratur panjang la korang nak que naik shuttle bus tu.. kesian beb..penat nak berdiri.. 

pandangan aku untuk event kemerdekaan ni..better lagi buat di Dataran Merdeka daripada Dataran Putrajaya.. sebab kemudahan awam kat sana byk..so mudah nak akses..klu kat putrajaya ni terhad..



next time klu ada masa kita pergi lagi..tapi nnti cuba utk pakai baju bendera malaysia plak....hehe..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...