06 September 2018

aIS kEPAL MILO TOK ABAH OrIginaL :: KUALA KANGSAR

Assalamualaikum...
harini post pasal ais kepal milo tok abah yang pernah muncul dalam majalah 3..VIRAL.. oleh kerana aku dalam perjalanan balik Ke KL..so blh la singgah..kena plak jalan highway jem di terowong manora..mmg ikut jalan bawah la. sebab kedai dia dekat pekan kuala kangsar.. kena exit highway kuala kangsar dlu..

kedai dia yang ada payung milo tu..beratur jugak la masa nak beli tu..haha.. mak cik dan pakcik ni adalah yg mula mengusahakan ais kepal milo ni sehingga viral..katanya dia dah berniaga dalam 3 tahun camtu sebelum perniagaan ais kepal milo dia viral.. kalau korang datang KL ni..bersepah orang jual ais kepal milo..tapi mcm2 versi la.. bubuh yang tu..letak yang ni..pelbagai variasi.. contoh mcm coconut shake la..yang original dia biasa ja..tp sedap gila..mai orang tiru coconut shake mcm2 versi..letak mcm2.. kadang tu tak sedap pun..harga je mahal lebih..

antara pengunjung yang beratur untuk membeli ais kepal milo tok abah..masa ni tak nampak lagi yang bawak bekas sendiri.. sebab masa dlm majalah 3 siap ada dtg bawak bekas sendiri.. mgkin sebelum ni ais kepal dia letak dalam plastik..susah sikit nak makan kot..so dengan penambahbaikan servis plastik kepada bekas tapawe..so org tak perlu bawak bekas sendiri dah..

pakcik tu dok kisar ais bantal sehingga menjadi ais kepal..

masukkan ais dalam bekas..dan mampatkan (kepal)..

harga RM5.00 untuk sebekas yang agak besar la jugak utk seorg makan..kiranya klu sebekas ni tak habis la klu aku makan sorg..kena kongsi dengan wife baru habis..hehe..sebab dahaga sgt, aku cadang nak beli 3..last2 bila sampai turn aku..beli 2 ja.. ingatkan tak cukup.. tapi sebenarnya Alhamdulillah la..2 bekas tu dah tersangat cukup untuk aku, isteri dan 3 orang anak..

korang tgk betapa pekatnya bancuhan milo (campur susu) dia.. terbaik la..mmg rasa milo original..tak rasa koko pun..sebab sesetgh tempat tu..dia campur serbuk koko..maklum la..milo kan mahal..

aku tak pasti berapa byk habis terjual dalam masa sehari.. sebab ramai orang beratur beli..sekali beli paling2 kurang 2 bekas.. ye la..tak kan beratuq lama beli 1 je..hehe.. mgkin ada kot org yang beli satu bekas,...cuma masa aku beratuq..aku nampak depan aku smua beli byk2..haha
ais kepal milo tok abah original kuala kangsar.. 

dah beli tak kan nak makan dalam kereta..tak syiok la..aku nak la jugak tegang2kan urat..nak memandu lagi lepas ni..baru sampai kuale yob..jauh la KL tu..dah la jalan jem..

kitorg pun decide makan kat taman di sungai kuale kangso.. taman permainan..
umi la tukang suap anak2..sambil depa dok bermain papan gelongsor..

budak2 ni klu dah sampai taman permainan..mmg susah la nak ajak balik..kita singgah je anak oi..nak balik KL plak.. puas jugak la aku dok pujuk depa.. akhirnya berjaya jugak.

next time kita singgah lagi..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...