02 July 2018

Salam Aidulfitri 1439H Tahun 2018 :: NEXT RAYA

Assalamualaikum..
haha..rayakan sebulan..so gambar raya mesti la byk..kena buat photobook..
ni cerita raya di kampung Ayaq Hitam..kampung mak aku...perkampungan tepi pantai..pekerjaan diorg pesawah dan nelayan.. 
raya tahun ni padi di kedah baru naik ja..menghijau..ada petak yang belum disemai pun lagi..
ni jalan masuk kampung mak aku.. Rumah arwah nenek aku..Tok Itam.. skrg MakNgah yg duduk situ dengan anak dia.. fresh ooo udara kat sini..segar sesegar hijau padi di sawah..
setelah lama tak balik kampung..tgk2 makngah bela itik la..haha..habisla..anak2 dah la xpernah jumpa itik sebanyak ni.. maka berlaku la kejar mengejar..
amin bukan main excited lagi..cuba gak cari jalan nak ke reban itik tu..tgk la gayanya..
itik byk ni mmg seronok la depa nak kejar2..

dalam dok kejar itik tu tak perasan kaki amin dah masuk dalam lumpur..tau2 dah nak tenggelam kaki dia..cepat2 patah balik..

terus rasa geli kat kaki..dah malas nak kejar2 dah..haha..gitu la budak bandar masuk kampung.. kejar memg seronok..tp bila kotor skit mula la tak selesa..sebab tak biasa..hehe.. tambah2 fatehah..memang TAK LA dia nak join semua ni..
dah2..balik2..itik dah lari smua pergi ke tengah bendang..takut budak2 ni kejar..haha

selfie berdua lagi..

ummi pun nak bergambar dengan sawah padi..

gini la suasananya bila rumah tepi bendang..haha..tapi klu dah rumah tepi bendang takdanya hari2 nak selfie gini bagai..

abi dan amin..
klu korang tahu ni buah apa???
haha.. jawapannya adalah.....
Buah Ketum..mesti tak pernah tgk kan..haha..aku pun first time tgk..

katanya ni ketum terbaik..urat merah..tak tau la..haha..mak aku suruh ambik utk mandikan anak2..berubat..tapi mandikan dari badan ke kaki..kepala jgn..tapi air masuk mulut budak2 tu..haha..agaknya la kot..sebab tu depa xbagi mandi dari atas kepala..hanya badan ke bawah ja..
dan byk lagi khasiat ketum ni..tapi orang salah gunakan..terutama mat2 gian..depa campur ubat batuk la..coke la..ubat nyamuk la..padahal daun tu byk khasiat yg baik..
cantik ja daun dia..ada sesetgh orang panggil daun ketum dan ada yang panggil daun biak..
ambil la jugak skit buat ubat..
last2 tertinggal dekat rumah mak..xsempat nak mandikan budak2 ni..kalut nak balik KL...
ni plak kawasan laut nelayan..ginilah gayanya pantai selat melaka..agak kotor dan keruh air dia..laluan kapal..tapi klu laut sebelah laut china selatan..mcm belah kelantan terenganu tu mmg jernih la air dia..

yey..dapat bergambar dekat sini..sebelum ni tak bergambar sebab diorg tak letak batu2 besar gini..mgkin inisiatif diorg selepas berlakunya tsunami dlu..jadi diorg letak la batu2 besar gini buat pemecah ombak..tgk belah belakang tu..dia buat lengkongan supaya ombak besar tak sampai masuk ke kuala...gambar ni menarik sgt sebab mak dengan ayah naik jugak ke atas tembok besar ni.. support anak2 cucu2 dia bergambar kat sini..padahal tinggi tembok ni..tapi mak naik jugak.. cuma wife tak dpt naik..baby tgh menyusu..dok dalam kereta..

td gambar permandangan belakang menghala laut..yg ni gambar menghala jeti nelayan penduduk di sini..tinggi jugak batu tembok tu..jenuh nak turun..silap pijak tergolek jatuh..
masa balik tu org kampung bg pelam..tak pasti pelam apa..tapi mmg sedap..manis..

yg ni gemuk2..yg atas tadi tu tirus2 skit..tapi dua2 sedap..
saja lalu kot pekan aloq setaq..lama dah xlalu sini..hehe..
masjid Zahir..adalah Masjid tertua di Kedah

jom pi beraya lagi..tgk org sebelah tu.. dia lilit sampai jadi bulat muka..

ini mmg tak jumpa di KL..dan payah nak jumpa di Perak..balik kedah baru ada..hehe
Ketupat Palas Pulut Hitam

Fateh dengan kerepek cheese nya..dia ingat tu keropok kot..habis sebalang dia tibai..haha..
macam abi dia dlu..dlu aku klu gi rumah org..ada almond london..mmg habis la sebalang almond london tu..masa budak2 siap simpan boh dalam poket baju melayu lagi..

nasib badan la lepas pantang sebelum raya.. mcm2 boleh makan..klu masa raya tak habis pantang lagi..gamaknya tengok orang makan je la..

mak dengan ayah belikan diorg baju raya..tapi kitorg balik raya kedua..so baju ni dengan rasminya jadi baju raya haji la..sebab raya haji kitorg balik beraya kat kedah raya pertama..
fateh ngam2 baju dia..amin plak mcm labuh skit..dan la nak raya haji nnti..kot2 besaq cepat..muat2 la baju tu..kakak pun dapat jugak baju raya..



sepanjang 3 ke 4 hari balik kedah..xsempat langsung nak beraya di rumah kawan2..sebab kitorg berjalan raya satu family..klu dah bawak satu family mmg segan la nak singgah rumah kawan2..so next raya kita jumpa lagi..hehe..
Najdi dengan wife dan anak2 sempat jugak dtg kerumah kami..beraya..bawak hadiah utk baby..tq.. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...