13 June 2018

Majlis Khatam Al-Quran 2018 :: Peringkat MAKTAB PDRM KL

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..bulan puasa tahun ni seperti biasa..diadakan tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan..pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12.30tghri - 2.30ptg.. Dan yang bestnya tahun ni golongan lelaki plak lebih ramai dari perempuan..hehehe.. ok la..ada kemajuan..ahli tadarus quran bertambah dan ada penambaikan dari segi bacaan..

Sebelum ni ada beberapa peserta tadarus tu tak berapa nak lancar bacaannya..tp tahun ni makin baik pulak bacaan..Alhamdulillah..semoga usaha tadarus Al-Quran ni membuahkan hasil yang baik dan juga peserta yang hadir dapat keredhaan dan keberkatan..

 group tadarus Al-Quran
Pengerusi Surau pun turut hadir.. 
 mula sebelum zohor dalam 12.30 mcm tu...dan berenti solat zohor..lepas tu sambung balik sampai dalam pukul 2.30ptg mcm tu..
Ada dalam 20 orang yang hadir.. InsyaAllah tahun depan akan meningkat lagi..

12 June 2018

Elaun Petugas SPR PRU ke 14 2018 ~ Kerani Pengundian

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..minggu lepas dapat berita dari wasap group mengatakan pembayaran elaun petugas SPR bagi PRU14 akan dibayar minggu ini.. 12hb Jun 2018.. bayar cash by hand..kena pergi tempat pengumpulan/penjumlahan undi tempoh hari.. daripada 8 pagi sampai 5 ptg.. petugas boleh pergi tuntut duit elaun tersebut dengan membawa ic sendiri..sekiranya nak wakilkan pada sesiapa..mohon orang yg datang ambil tu bawa surat kuasa wakil (surat rasmi)..Surat tu buat sendiri ja..

Aku datang sekitar jam 10 pagi..ramai jugak la orang time tu..haha..tapi alhamdulillah kitorg petugas undi pos..so mmg tak ramai la..pergi terus ambik ja..tak payah beratur bagai..

suasana dalam dewan...

ramai jugak..yang hujung tu tak pasti dun mana..beratur sebab ramai..

Dan aku sebagai petugas SPR - (Kerani Pengundian + Kerani Mengira Undi) jumlah bayaran elaunnya adalah sebanyak RM365 + RM42 (tak pasti bayaran apa, tapi bayaran ni semua dapat sama banyak)..total adalah RM407.. Alhamdulillah..rezeki.. tambah2 raya nak dekat dah ni..mmg nak pakai duit pun..SPR mmg memahami..hehe...
rezeki..Alhamdulillah..

sebelum ambik duit isi borang dlu..

gambar kenangan dengan Pegawai SPR (brother jaket hitam tu)..

Sebab dengar2 petugas yang tahun sebelum2 ni bayaran agak lewat skit..sampai 2 ke 3 bulan..tapi kali ni alhamdulillah..agak cepat la jugak..cerita pasal dapat bertugas ni sebenarnya haritu ada email pejabat offer sapa nak jadi petugas SPR..so aku dengan rendah hatinya nak join..ambik pengalaman..tak tau plak ada bayaran.. aku ingt mcm dia bagi saguhati mcm baju, topi, payung dan makan gitu2 ja.. rupanya ada bayaran elaun mengikut spesifikasi tugas masing2..

Nanti next posting aku cerita pengalaman aku jadi petugas SPR sebagai kerani pengundian dan kerani mengira undi.. Akhir kalam...Selamat Hari Raya, Hati2 memandu pulang ke kampung halaman..

11 June 2018

LEMANG & RENDANG

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari jumaat minggu lepas persatuan penduduk Blok Frangipani, blok yang aku tinggal,  ada menganjurkan program gotong royong memasak rendang dan membakar lemang..wlupun aku dah xjadi ajk tahun ni..tp tetap support apa yang persatuan buat..lagi2 program yang membawa kebaikan dari segi ukhuwwah persahabatan dan kejiranan..baru la ada mood perantauan..semangat nak balik raya..haha
kayu api..pergi mintak dekat tapak projek pembinaan..hehe..niat mmg nak beli..tapi diorg tnya nak buat apa..ckp nak buat lemang utk persatuan penduduk..terus dapat free..hehe..

kampung aku jarang buat lemang ni..jadi aku xberapa tahu sangat.. tolong apa yang patut ja.. lepas tgk ja proses utk buat lemang tu, baru aku terpikir, patutla lemang mahal...susah jugak.. lama nak siapkan dia.. letih..haha.. malam tu ja kami bakar 100 batang lemang..ikutkan nak bakar 200 batang lemang.tapi disebabkan supplier xdapat nak bekalkan 200 btg buluh..hnya 100 ja..maka dapatlah 100 btg ja. maybe lepas raya nanti akan ditambah 100 lagi..

kos sebatang buluh ja dah RM1.20..ok la..buluh cantik2.. rendang plak kitorang buat rendang ayam.. satu kawah.. yg ni xrumit sgt..mudah ja..hhaha..


naikkan khemah..risau hujan ja.. 
 
buluh selesai dimasukkan daun pisang..
ni masukkan beras pulut dalam buluh..sebelum tu kena masukkan daun pisang dulu dalam buluh..masa proses masukkan daun aku belum sampai lagi..haha..sampai2 ja diorg tgh masukkan beras pulut..
 
dan masukkan santan..lagi pekat santan lagi berlemak la lemang korang..haha..

tu dia rendang ayam..jenuh nak siapkan 100 bekas.. ok la tu..lemang sebatang dengan rendang ayam (2 ketul).. pakat2 dapat merasa..

nyalakan api dulu..sebelum jadi bara..

ginila gayanya seratus batang bakar sekaligus..

masa dok susun byk2 buluh lemang tu..tetiba terbalik..menggelongsor sebelah kiri..huhu..habih tumpah santan..terpaksa isi balik...panaih ooo..

dan selepas letak buluh lemang..kena sentiasa pantau..pusing.. dan ketuk sikit2..bagi mampat..
haha..katanya begitula..aku mana pernah bakar lemang..klu ada pengalaman pun masa kecik2 dlu..kecik2 dlu apa tau..org sibuk bakar lemang kita sibuk bakar mercun la..bagi meriah skit keadaan..hahaha..

masa ni dah nak siap..lama jugak bakar lemang ni..huhu..daripada ramai..sedikit demi sedikit ja yg tinggal..sebab tu org tak nak buat..beli je senang..tu kalau nak makan sedikit la..tp klu nak makan byk..adik beradik balik kampung..ada dekat 50 ke 100 orang... mmg kena buat la..jenuh siap duit klu nak beli..

Sebenarnya tujuan ketua blok ni nak penduduk bersatu dalam apa jua aktiviti yg dijalankan.. baru la nampak semangat kejiranan tu.. InsyaAllah next aktiviti adalah jamuan raya..


Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...