Alhamdulillah..haritu masa awal puasa team RFID ada datang makmal forensik, pejabat sebelah maktab ni..berjiran kan.. so diorg datang nak pasang RFID. Tak semena-mena aku dapat info..katanya pejabat lain pun boleh datang untuk install RFID ni.. apalagi..tanpa buang masa terus pecut pi..
Cumanya masa nak daftar diorg perlukan Geran copy / Cover note Insurans copy & Lesen @ IC.
Pastu daftar online. Install Touch N Go e Wallet..tadaaa..siap.. pastu bawak kereta kat Garaj luar pej..diorg pasang Sticker RFID..percuma.. Tak sampai 5 minit pun..
Sepanjang aku guna tol di lembah klang ni masih belum ramai pengguna lebuhraya mengguna RFID..maka laluan palang tol RFID lengang ja.. katanya lepas install sticker tu tak boleh basuh kereta selama 3 hari, mungkin takut sticker tu terjejas.. dan lepas install sticker tu kena tunggu 2 hari baru boleh guna di laluan tol.. pasal credit korang just manage guna apps eWallet..mudah kan..lagi mudah korang add debit @ credit card.. Di apps tu jugak boleh semak baki semasa anda.. dan yang pastinya penggunaan eWallet ada rebate.. di Apps tu jugak boleh buat pembayaran bil air/api, tiket wayang, ticket flight.
Dalam apps tu boleh guna 2 dalam satu..eWallet dan Credit Touch N Go..
Tak lupa jugak korang boleh sedekah menggunakan apps Touch N Go eWallet...Banyak dah masjid2 sekarang gunakan code bar eWallet ni untuk jemaah scan dan bayar sedekah melalui apps.
No comments:
Post a Comment