18 March 2019

sambut Anniversary di HR STEAK HOUSE KG BARU

Assalamualaikum..

Setelah bg pilihan pada wife utk pilih nak dinner di mana utk sambut anniversary, ternyata wife memilih western food. Makan steak..aku lebih prefer utk makan steamboat..tapi takpalah..bg wife utk buat pilihan.

Kami memilih HR Steak House Kg Baru kerana kami sudah terbiasa di situ.. makanannya sedap dan harga berbaloi. Air buah dia plak gelas besar..puaih hati.. selalu kat kedai makan biasa sekejap ja habis air..anak2 ni biasa la..klu dah jumpa air..makanan tak sampai lagi dah separuh air depa minum.. tp di HR steak house tak risau lagi sebab besar sgt...hahaha

Di kg baru tu macam2 taste makanan ada..tinggal nak pilih ja.. parking jgn risau.. ada kawasan lapang yang dijadikan tempat parking dengan bayaran RM4 sekali masuk. Klu korang rasa malas nak drive, naik ja GRAB..haha.. apa susah..

Di HR Steak House ada 3 pilihan tempat duduk..

Yang first sekali sebelah dalam kedai.. kebanyakan yg duduk sebelah dalam adalah family yang agak ramai sebab meja di dalam agak besar.. Sesuai utk yang dtg bawak anak2.

Yang Kedua kawasan lapang di depan kedai yang tidak berbumbung.. so selalunya yang lepak makan disitu adalah golongan muda dan jugak couple.. agak santai skit di luar tu..

Dan yang ketiga dalam satu box khas..ala2 bilik yang romantik yang bertingkap kayu.. ok jugak..sesuai utk pasangan yang lebih nak privasi dan romantis...

Luqman ni klu berjalan skit tak buat perangai..haha..tambah2 kat kedai makan.. sebab dia akan mkn apa yang abg2 kakak dia makan.. 
dalam dok kawal air letak setempat pun..xmenjadi..haha..lepas ni kena order air selepas makanan sampai.. bukan apa..nanti makanan xhabis sebab kenyang dengan air ja.. 
peramah dan byk cakap..ni lah fatehah..ada ja mulut dia..potpet potpet.. dengan makcik jiran sebelah pun dia boleh dok menyembang..
fateh ni jenis tak byk ckp..mcm aku jugak dlu2..haha..tapi bila kat kedai makan selera besar..dan selalunya apa yang di pesan akan habis di makan..
dulu masa abang2 kakak dia xdak nya nak disuap.. bagi minum air masak ja.. mai dekat luqman..semua benda dia nak makan, minum..xpadan dengan kecik..setahun pun belum..hehe 
bukan main minta Lamb Chop..last2 xhabis sebab katanya daging tu lekat kat gigi..ye la..dah gigi pun jarang..memang melekat la..haha 
makan pakai tangan senang..sudu2 bagai ni susah..haha..

happy sebab dpt makan western..klu tak kena pi kedai steamboat..

chicken chop pun makan budak ni..hehe..sampai kekenyangan la..

Balik2 sampai rumah semua dah terlentok kat seat blkg..kekenyangan..balik rumah terus sambung tido..lepas ni kita sambut anniversary kat steamboat plak..baru best...haha


No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...