09 March 2018

Pusat Penghayatan Alam, TAMAN WETLAND :: Putrajaya

Assalamualaikum..
Sebenarnya tujuan asal kami adalah memenuhi jemputan kenduri kawin di Bora Ombak Marina, Putrajaya.. Sebelum pergi ke Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya..haha..kiranya sambil2 dah ke putrajaya ni..jenjalan la kat mana yg patut..

ceria nak makan kenduri..perut lapar..

bergambar dulu satu family..

mem selfie tu..kasi can..

malas nak jadi pakcik bawang..huhu..tapi nak habaq pelamin tu tak berapa nak kena..pasal dok tgh2.. tapi tu pendapat aku la..org lain tak tau la..lain orang lain cara..

sesi bagi anak2 makan dulu.. hero2 ni kena serve dlu..klu tak nanti tak senang nak makan..

menu dia sedap ooo..

blkg tu ex bos..Dato' Zulyadaen..

tu dia..YB kawasan nak makan..penuh gaya, mutu, keunggulan..

di jemput utk menyampaikan selawat Nabi..Alhamdulillah mic mahal.. smooth ja.. tarik pun sedap..klu mic murah sakit anak tekak weiii...

Dan lepas makan kenduri tu maka kami singgahlah di Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya dengan bantuan Pakcik WAZE.. pakcik waze byk membantu tau.. haha

Tempat ni tutup hanya hari Isnin..hari lain bukak macam biasa daripada 9.00 pagi sampai 5.30 ptg..luch our rehat tau..pukul 1-2..tutup sat..

Bayaran percuma.. mai la satu bas sekalipun.. cuma masa di kaunter pendaftaran tu, sorang wakil atau ketua pi tulis nama, ic dan no hp serta jumlah rombongan utk tujuan rekod diorg..

Dan keadaan dalam pusat ni dia agak gelap skit..tak la gelap sampai tak nampak..tapi klu ambik gmbar mcm xberapa nak cantik sgt la..klu pakai flash nnti nampak cerah semacam ja..xpakai flash nnti noise..so klu DSLR yg mahal ok la..hehe..

ada cafe kat dalam ni..ada toilet..ada surau..

lepas ja daftar, ni la tempat tarikan pertama..haha.. ada la ikan2 berenang dalam kolam tu.. nampak tenang ja..dan sejuk ja..sejuk ekon..haha

ikan 3d..bila di pijak air tu akan bergelombang..ikut tapak kaki yg pijak..budak2 seronok la..tapi klu mak bapak tu, tgk tak dak org blh ja nak melompat2 jugak..haha

aquarium kaca..

cantik ja view dia..mcm jln dlm hutan..haha

bergambar dulu 3 beradik..tu pun puaih pujuk sruh duduk sekali..klu tak dok berlari berlompat ja..

yang ni pun 3d jugak..ada ikan bergerak2 yg mcm td tu..cuma yg ni luas skit..

lukisan 3d..ha..kakak dduduk tgh2 kolam tu..haha..
yg ni tingkat atas..dia ada 3 level..first kita masuk akan berada di Level G..pastu korang blh turun ke Level LG..lepas dah puas blh naik ke Level 1.. jgn risau..ada lift..lift dia bapak besar.. first aku tgk lift sebesar tu..haha..xdan nak ambik gmbar lift tu..haha..teruja punya pasal.

kawasan level atas ada libray..byk kerusi..blh rilek2..santai2..rehat2..

di bahagian luar bangunan..

komen aku pasal pusat penghayatan alam ni, kawasan dia tak la besar mana..tak la bosan sgt..ok la..cuma pihak diorg kena letak benda yg boleh anak2 ni sentuh atau pegang.. belah atas tu mcm sepi skit..mgkin kena perbanyakkan aktiviti atau apa2 yg boleh menceriakan keadaan...utk elakkan sunyi..klu korang nak datang..pergi lah hari minggu..klu pergi hari bekerja lagi la sunyi.. 

Untuk mereka yang mencari ketenangan boleh la datang sini..rilek2..tenangkan fikiran..

singgah solat di Masjid Putra, Putrajaya..




No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...