31 October 2017

PORT BARU anak-anak mandi kolam ~ Taman Rekreasi PUDU ULU

Assalamualaikum
Hari ni aku nak kongsi tempat yang agak baru lagi..utk korang bawak anak2 berkelah sambil mandi manda.. 

Taman Pudu Ulu namanya..korang boleh waze ja.. bagi yang duduk cheras mmg dekat sgt la..belakang bangunan MENARA PGRM.. kena datang awal tau..parking dia mcm xberapa nak byk..hehe

Taman Pudu Ulu ni dibuka pada 10 April 2017..baru 7 bulan beroperasi..dan di rasmikan oleh  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor... 

tempat ni kira macam taman rekreasi la.. ada taman playground kanak2..ada trek utk joging..ada kawasan lapang utk korang main apa saja dengan family..ada kemudahan tandas dan juga surau..ada kawasan yang berbumbung yang agak luas utk korang lepak2.. ada stage jugak tau..blh la berzumba bagai..dan yang bestnya ada kolam utk anak2 mandi manda..

So tarikan disini adalah semestinya kolam mandi utk kanak2..percuma tanpa bayaran..boleh berkelah kat sebelah lagi..dan pastinya ikutla peraturan yang tersedia.. 
ni antara peraturan2nya..sama2 la kita bagi kerjasama agar tempat ni lebih terjaga..
waktu operasi tu ingat elok2..kang korang datang hari yang tak bukak..naya ja budak2..tak dapat mandi..
Free ja..cuma bayaran masuk tandas la kena duit..utk mandi RM0.50 dan utk berak kencing RM0.30 kot tak silap..parking percuma..jgn risau..cuma makanan kena tapau bwk dtg berkelah kat sini..sebab belum ada orang yang jual2 kat sini..ada tu ada tapi tak byk..hehe

ni kawasan kolam yang paling terbelakang skit..dan kawasan ni paling dalam..paras pinggang anak aku yang umur dia 3 tahun ..anak aku yang 2 tahun tu paras dada..nak sampai ke dagu dia..hehe..mak ayah sila pantau anak2..korang jgn rilek main nset plak..


kawasan ni xberapa nak ramai..bahagian depan mmg ramai gile..mgkin sebab ada air pancut kot..menarik la kat depan tu.. yang berbumbung putih tu kawasan lepak berkelah..bersimen..korang bwk la tikar..klu tak bawak pun masih blh duduk..hehe..


boleh duduk sebelah sini atau sebelah sana..ada jambatan penghubung antara keduanya..

muka tak puas mandi kolam..abi dia penat nak kawal..

orang dewasa nak ikutkan xblh mandi..cuma blh la temankan anak2 sambil pegang2 diorg..bukan berenang sekali..hehe

okey..yang paling hujung tu yang ramai giler orang tu..kawasan tu agak cetek..blh lari2..ada air pancut keluar bagai..tapi tu la..ramai sgt orang..huhu

tgk la amin tu..air dah nak cecah dagu dia..tu pun tak bagi kita pegang tgn dia..nak bebas konon..

still muka tak puas mandi lagi..hehe

boleh bawak pelampung sekali tau..baju tak kisah nak pakai baju apa pun..hehe

tak padan dgn kecik..

umi dia dok bersila kat atas ja..abi je la yang basah..

ni kitorg datang pagi..anak2 tak mandi lagi..siap pakai baju tido..hehe..

datang awal pagi best..xdak orang sgt..tapi mcm sunyi plak..sebab tak dak suara budak2 menjerit bagai..haha

puaih mandi...




No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...