14 June 2019

Cerita Sebelum RAYA

Assalamualikum..
 Sebelum raya maca biasala..persiapan baju2 raya..selalu bangi la tempat nak cari baju.. sebab situ kawasan butik2 melayu ramai..harga standard2 je..xla mahal sgt..Sebenarnya baju anak2 dah setel masa sebelum puasa lagi..masa balik kedah cuti sambut puasa..
masa ni kat Masjid Hijau bangi..tunggu nak berbuka puasa..bagi aku Masjid ni la paling aku selesa..bagus servis dia..mesra dengan semua orang
kat sini makan dia dah siap packing.. lepas azan..terus makan berat..lepas dah setel baru solat Maghrib berjemaah.
dan akhirrrrrnya..dapat jugak baju melayu satu set.. kalau nak tau..selepas 5 tahun beli baju melayu..ni baru beli plak..sebab tahun ni rasa nak pakai baju melayu dengan anak2.. sebelum2 ni aku pakai jubah ja..haha.. lagipun beli baju melayu ni boleh pakai masa event2 kat pejabat nanti..kalau tak pakai baju yg lepas2 ja..
Target mmg nak beli Baju Melayu 5 Waktu ni..sebab slim fit..badan kurus mcm aku ni mmg sesuai slim fit ja.. baru la kemas..klu beli yang biasa mmg nampak gelebeh ja.
Material kain pun ok.. boleh regang.. pastu ada zip sorok dekat lengan dan sisi badan.. free butang baju melayu.
kurta ni pun kemas ja aku tgk..kurta utk kanak2..tapi tak beli pun..sebab xbyk kaler dah..

ni butang2 baju melayu yang hispter zaman skrg ni.. ingat nak beli utk anak2.. tapi dekat rumah dah byk butang2 baju melayu aku punya. xjadi beli la..tak pyh membazir.. cuci2 mata ja..next year mgkin boleh beli..
budak ni la paling sibuk...ummi dia dok lipat baju, kemas baju masukkan dalam beg.. mula la nak kacau apa smua.. jumpa topi kita pakaikan terus..haha

budak standby ikut pi terawih..




12 June 2019

QIAMULAIL 10 malam terakhir Ramadhan :: Taman U-THANT

Assalamualaikum..
Kali ni nak share kat korang tempat utk Qiamulail yang agak best bagi aku..
Ok.. setiap kali Ramadhan. pastinya ramai yang akan memburu lailatul Qadar pada penghujung Ramdhan yakni 10 malam terakhir. Kalau suasana di Mekah orang akan berjaga sampai pagi utk Qiamulail ataupun menghidupkan malam lailatul qadr dgn pelbagai ibadah. siang mereka akan rehat atau tidur.. 

Di Malaysia, ada satu masjid/surau di Jalan Taman U-Thant,yang dikenali sebagai masjid saudi yang mana Kedutaan Arab Saudi mengkhaskan 1 Banglo yang berdekatan kawasan Kedutaan2 sebagai Masjid/Surau. Setiap hari Jumaat akan diadakan Solat Jumaat disitu dengan Khutbah berbahasa Arab.

Untuk Bulan puasa, 10 Malam terakhir khasnya, mereka mengadakan Qiamulail bermula jam 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi. Setelah itu mereka menyediakan makanan utk bersahur. Seperti biasa la..kalau dah arab ni..menu dia nasi arab la..bayangkan sahur makan nasik arab..hehe..

So klu korang rasa nak feel mcm kat Mekah, boleh cuba datang sini..sebab imam dia baca sedap, syahdu.. mmg khusyu' lah.. kena plak dengan ekon..pastu speaker dia yang superb tu..tgk ja kecik..tapi sgt2 kualiti..bacaan imam dengar dgn jelas..

lepas daripada Qiamulail.. bermula jam 3 dan berakhir jam 4.. terus dihidankan makanan..depa macam biasa la.. kat situ solat..kat situ jugak makan..tapi hampar saprah la..plastik lapik makanan..

tak nak lepaskan peluang..sama2 join dtg.. sdang menunggu staf menghidangkan makanan

kat sini makan dalam talam..setalam dalam 4 ke 6 orang..
rata2 orang arab, pakistan, bangla..orang melayu kita ni ada jugak..
ni portion satu talam..nasik dengan ayam tu boleh tambah lagi klu tak cukup..
ayam dia lembut sgt..pergh...

dapat sekali air kotak oren..
angkut bawak geng..segan pi sorang2..

penat jugak nak habis setalam
sesekali dapat jugak laban ni..
susu masam..
aku macam biasa la..klu dah dapat nasik arab..selera lain macam skit..orang lain dah bangun..aku tak habis2 makan lagi.. haha..

InsyaAllah, next Ramadhan repeat lagi..utk malam2 ganjil korang kena datang awal.. sebab malam ganjil ramai orang..

11 June 2019

Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1440H :: Surau Al-`Alimin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah tadarus Quran Ramadhan tahun ni mendapat sambutan..ramai jugak la yang join.. bertambah dari tahun ke tahun..dan tahun ni mmg diorg bagi komitmen yang tinggi.. tahniah..semoga tahun depan bertambah lagi bilangan jemaah yang join tadarus Al-Quran.
Dah dekat2 penghujung Ramadhan kami anjurakan majlis Khatam Quran dan bagi sedikit saguhati berbentuk hadiah kepada peserta tadarus.
KCA Baka MPDRM KL
turut hadir KBIPS MPDRM KL
AJK surau yang turut serta
gambar sendiri kena ada la jugak..ha
tq photog : Kpl Muhaini

jarang orang muda nak join..Alhamdulillah
gambar ketika Majlis Khatam Quran berlangsung
peserta tadarus Quran Lelaki

peserta tadarus Quran Wanita

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...