26 November 2019

Karnival Sukaneka PASTI BANDAR TUN RAZAK 2019

Assalamualaikum.. 
atas kesibukkan hujung2 tahun ni..tak sempat nak update blog.. blog ni mgkin utk satu kenangan buat anak2 aku dan isteri suatu hari nanti.. 
Dan aku nak update tentang sukan pasti yang anak kembar aku belajar disana..Pasti Al-Aulad.. terima kasih kpd guru2 Pasti Al-Aulad yang byk mendidik anak2 aku tentang ilmu agama, tidak ketinggalan ilmu duniawi. Dulu masa sebelum ke sekolah diorg bila ada sukaneka depa jadi mcm agak kaku, mgkin sebab tak terbiasa. tapi alhmdulillah skrg dah ada keyakinan diri..masuk beberapa acara.. dan aku bersama isteri hadir memberi semangat walaupun isteri aku hanya tinggal beberapa hari lagi utk sampai ke waktu due date bersalin. Mula2 dia agak risau takut bersalin awal, tak dapat nak bagi sokongan pada anak2..tapi alhamdulillah Allah atur sebaiknya..
datang bagi sokongan pada anak2..luqman dengan amin pun menjadi penyokong setia..
Seronok tgk anak2 PASTI ramai2 bersukan.mcm2 telatah ada..hehe..tepuk dahi cikgu2.. suruh lain, buatnya lain.
perasmian pembukaan
kelihatan fateh sedang berlari dengan penuh semangat.. (baju merah kuning)
fatehah dengan acara yang disertainya..(baju merah kuning)
meriah dengan anak2 PASTI yang cerdas..
untuk ibubapa juga ada acara yang dipertandingkan..
aku sempat masuk acara 'makan minum alhamdulillah'..makan telur rebus sebiji dan minum air mineral sebotol sekaligus..jenuh ooo..makan telur ok lagi..nak habiskan air mineral 600ml tu agak berat skit la..tapi main dengan pertandingan ni gagah jugak la aku pun..alhamdulillah..dapat jugak no 2..ok la..hehehe.. abi korang pun hebat tau..
time ni acara 5 dan 6 tahun dan habis..utk sukan penghabisan diorg bagi budak2 4 tahun.. sebab diorg ni kena bagi lebih perhatian
fateh sibuk bercerita tentang sukan yang dia masuk.. adik2 dia pakat dok dengar la..

fatehah dengan kawan2..kontinjen PASTI AL-AULAD..
walaupun fateh kembar..tetap kena duduk dengan kawan2..sebab fateh dengan fatehah kembar lelaki perempuan..
PASTI AL-AULAD merangkul tempat kedua bagi keseluruhan sukan daripada 7 buah PASTI yang masuk bertanding, Peringkat PASTI BANDAR TUN RAZAK...
Tahniah atas kejayaan Fateh dan Fatehah serta PASTI AL-AULAD.
Seronok la time ni, dapat medal..
Alhamdulillah sempat berjumpa dengan cikgu fateh dan fatehah, minta kebenaran utk bawa diorg balik, sebab diorg masa mula2 datang, diorg naik bas dengan kawan2 yang lain, bila balik sepatutnya naik bas tapi kitorang minta nak bawa anak2 balik sekali dan terus balik rumah, dah tak perlu nak pergi PASTI ambik anak2. Cikgu diorg sempat tanya khabar pasal baby yang akan lahir nanti.. katanya kakak ada geng la nanti sebab doktor jangkakan baby dalam rahim ummi tu baby girl..

Sempat mintak cikgu tolong ambikkan foto kami sekeluarga..


07 November 2019

Pantai Purnama :: PORT DICKSON

Assalamualaikum.
Alhamdulillah baru berkesempatan nak post cerita pasal bawak anak2 mandi pantai. Aku kira mmg lama betul tak bawak depa ni, so kali ni berpeluang sekali lagi. Klu dok di KL ni mmg PD la pantai yg paling dekat. Oleh kerana wife pernah study dekat PD dlu,so dia tau la selok belok pantai dekat sini..hehehe.

Namanya Pantai Purnama. dan ada yang menyebut pantai sri purnama..korang boleh search dlm waze ja utk sampai ke sini.. oleh kerana kawasan ni agak lengang dengan orang berbanding teluk kemang dan pd.. so memg sesuai la klu bawak anak2.. masa kitorg pergi tu, ada budak2 University dtg buat orientasi.. diorg pun pilih kawasan ni sebab tak nak crowded dengan orang yang dtg mandi manda berkelah di pantai.. dan kawasan ni pun ramai jugak yang org dtg bermalam dok dalam khemah.. kitorg dtg balik hari ja... awal2 pagi..terus dari KL ke PD..

ni la antara view dari pantai Purnama..
3 orang ni dah tak mcm kecik2 dlu..takut dgn air..cuma kakak la masih ada skit2 takut dgn air..
kecik ni pun sama..tak takut dengan air.. seronok dia dapat main pasir pantai..ni la first time dia dtg ke pantai..
seronok main.. sampai terbakaq panas pun tak pa,..
ni la 3 orang hero..seronok sgt dapat pi pantai..

tgk tu..berani nak ke tempat dalam..

penuh terabur dengan mainan...seronok main sampai tak ingat nak makan..
kawasan ni best..sebab dekat dgn pokok2 redup bila waktu tengahari..

kita tanam dia separuh badan..

umi dia sibuk dengan makanan.. pastu bawak jugak khemah..utk ummi depa rehat2 baring2 klu letih...

nak jugakkk

kakak pun sama..











terbakar panas..hehe..seminggu lebih jugak nak hilang..hehehe..

28 August 2019

Pilihan Motor Abah-abah :: RS150r

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. confirm.. aku memilih RS150r sebagai motor kegunaan harian.. sesuai la orang gelarkan motor RS ni motor abah2.. sebab kebanyakan pakai standard ja.. klu ubah pun aksesori ja.. ok la..buat hantar anak2 pergi sekolah..pergi pasar..pergi kerja..

Dan motor RS ni terbukti kelasakan enjinnya..tgk kepada 9 orang anak Malaysia Kembara Bermotosikal "Ride To Hajj 2.0"..Alhamdulillah dah selamat sampai pun ke Malaysia..
kata mereka motor RS ni tak dak masalah enjin.. terbaik lah...jauh tu dari Malaysia Ke Mekah..beribu2 kilometer..ada masalah pun tak melibatkan enjin pun..minyak hitam, brake pad, rantai.. tayar..itu ja.. tp terbaik la diorg..boleh jadi pembakar semangat anak2 muda.

 sebelum bertolak
 di depan taj mahal
74 hari perjalanan mereka dengan pelbagai cerita suka dan duka.. Untuk melihat lebih banyak gambar dan cerita korang blh pergi page FB KELAB KEBAJIKAN PERMOTORAN AMAL - KARAHAKI

Dan satu lagi pasangan suami isteri jelajah eropah nanti motor rs jugak..haha..lagi kental..diorg pergi honeymoon tau.. 24 Negera diorg pergi dalam masa 6 Bulan..
tu dia.. dengan RS ja konvoi ke Kota London
Cappadocia Turki.. Subhanallah...cantiknya permandangan..
siap pergi HONDA lagi..
mmg lasak habis...
sumber dari google

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...