13 August 2018

Air Terjun Sg Pinang, Batang Kali ~~~~ Kunci Hilang

Assalamualaikum...
Benda tak rancang pun semalam nak pi mandi air terjun dekat batang kali tu..oleh sebab mak mertua mai rumah..pastu bgtau nak pi rumah adik dia di batang kali..terus diorg habaq nak pi mandi air terjun sekali..apalagi..seronok la anak2 aku tu,..termasuk la ummi depa pun..excited nak mandi air terjun..
ni la air terjun sg pinang..ayaq dia bukan main sejuk lagi..sempat la rendam luqman sekejap..menangis sebab sejuk..tapi dah lama dalam air..dah tak menangis..tapi aku risau plak lelama dia dalam air tu..
Air terjun Sg. Pinang ni dekat dengan Rumah Hutan Bonda Rozita..emak Dato Alif shukri..yang tempat mengurut tu..ada chalet bagai..
excited luqman..

termasuk umminya sekali...

jalan turun ke air terjun dari tempat parking kereta..


kali ni kitorang bawak bekal dari rumah..masak siap2..pi sana makan tghri dalam air la..haha..
semangat amin nak makan dalam air..
kakak dengan ummi...pun makan dalam air..walaupun sikit ja kaki rendam dalam air..haha
kawasan dia agak berbatu besar..tapi air dia ok..tak keruh..jernih..tak berapa nak dalam..sesuai la klu bawak anak-anak..

fateh dengan gayanya..seronok la dapat mandi
kakak tak nak duduk dalam air..nak duduk atas batu je..
paras kedalamannya sesuai untuk budak2 baya umur mcm anak aku ni..3-5 tahun..

lepas balik mandi pi singgah kebun ambik buah..rambutan dan cempedak.. penat oo..tapi gagah jugak la..anak punya pasal..sebab fateh dgn amin mmg suka sgt makan rambutan..nak penuh seguni jugak la aku kait dengan galah..

amin naik buai dekat dalam kebun

tepi..hepi kemain..kaki bukan sampai pun..kena angkat dia naik..haha

petang baru kitorang gerak balik KL..dalam separuh perjalanan wife tnya kunci rumah dekat aku..katanya aku last kluar rumah.. yg pasti aku mmg kunci gril rumah tu..huhu..dan seingat aku..mmg aku boh kunci dalam poket..

puaih cari kunci dalam kereta tak jumpa..sampai la nak dekat rumah.. kunci gril rumah kuarters ni lebih kurang sama ja..mintak tolong jiran bukak kan kot2 boleh...nampaknya xsama..sebab dkt blkg kunci tu dia ada no kod..

sebelum sampai rumah..aku singgah kedai kunci (van bergerak)..tanya dia kunci gril yg ada no kod sekian2.. dia pun bg tgk contoh..aku dengan yakin tak yakin beli la 2 anak kunci yg aku rasa sama bunga kunci dia..

balik sampai rumah..terus cuba bukak..hampeh..bunga dia belah kiri daaaaa..aku terbeli bunga belah kanan.. terpaksa patah balik pi kedai tadi..tukar kunci yg lain pulak..kali ni harap dapat la bukak.

. sebab malas nak ulang alik pi kedai tu..jauh jugak pusing.. kat pej mmg ada kunci spare..unit perumahan pegang..tapi kena tunggu pagi esoknya la..nak tido mana..haha..baru ja plan klu tak boleh jugak bukak tido rumah jiran..sekali boleh bukak la..Alhamdulillah..syukur..

 balik rumah terus kupas boh dalam peti ais .sebab buah tu masak ranum atas pokok..ada yg dah berair...dapat dalam 3 bekaih besaq jugak la..

tapi td tghri aku balik dr pej..tgk2 sebekaih habih dah..haha..tinggal lagi dua.. aku ingat sebekaih tu ada dekat 100 biji jugak la.. aku makan pun..sedaq tak sedaq 10 biji skali makan..mmg la sedap..buah sejuk..boh dalam peti ais..siap kupas..tunggu nak makan ja..haha..











10 August 2018

Sumbangan Lembu Qurban dari JAIS :: 1439H Tahun 2018

Assalamualaikum..
Tahun ni sekali lagi JAIS memberi sumbangan seekor lembu utk setiap Masjid & Surau Jumaat sekitar Selangor. Kali ni diorg panggil utk memberi taklimat dan sijil / kupon lembu..kemudian wakil surau/masjid dikehendaki utk pergi ke Kandang lembu berdekatan yang dilantik..utk urusan selanjutnya.

Utk kami yang di cheras ni..paling dekat adalah di Sg. Lui..jauh tak jauh la..lebih kurang 30km jugak la utk sampai ke Kandang lembu yang dilantik tu..sampai ja di sana..rupanya dah agak lewat..sebab ada yang lagi awal datang.jd lembu byk yg dah di booking.
sebahagian lembu-lembu yang ada..

Kami tercari2 jugak lembu yang saiznya agak besar..bila di tanya dah berpunya..maka berhuhu lah kami.. sepatutnya yg orang dh booking diasingkan..sepatutnya mmg begitu..tapi mereka tak sempat lagi nak asingkan.. cuma tgk yg mana okey..kemudian semak tagging pada telinga lembu..klu tak dak dlm list tu..mmg tak dak org booking la..
tgh semak dalam listing..
mencari lembu yang baik2..sihat2..
ni antara lembu yang kecik..
makanan disini adalah palet dan juga kisaran batang jagung.

selfie dengan binatang yg ada value.. tak dijaga habis dicurinya..haha
dikhabarkan lembu-lembu di sini jumlahnya 300ekor..
abg ni penjaga lembu disini..bila kita pilih lembu dia akan halau lembu supaya lembu tu kedepan..so blh la tgk dekat2..ada cacat ka..luka ka..puas hati ke tak..
yang ni pilihan yang ke 4 rasanya..tapi bila semak2 balik dah berpunya..

jenuh jugak la..4 ke 5 ekor jumpa..semua berpunya sudah..huhu..last2 jumpa jugak tak terlalu kecik..tak terlalu besar..sedang2 ja.. apa2 pun alhamdulillah..terima kasih pada pihak JAIS di atas sumbangan lembu.
ok la tak besar sgt tak kecik sgt..katanya agresif jugak lembu ni..

Lembu-lembu ni semua dibawak masuk daripada Thailand.. kemudian dikuarantin di Bukit Kayu Hitam dalam satu tempoh masa yg ditetapkan..sekiranya lulus..terus dibawak ke kandang2 yg dilantik utk dijaga sebelum diagihkan..





















09 August 2018

Smart Tag bertukar ke RFID

Assalamualaikum..

Dah la sebenarnya aku perasan pasal RFID ni.. sebab boleh dikatakan kerap la jugak aku guna laluan berTOL ni.. sebab rumah betul2 depan tol bt 9..nak tak nak terpaksa guna juga.. huhu..klu nak elak tol jenuh dok lalu kawasan perumahan..menyelit sana menyelit sini..haha..

Dan tertanya2 gak aku apa tu RFID..kebetulan kereta pasukan tempat kerja aku dh start pakai masa tu..best la..sebab tak pyh beratur kat tol.. tak dak org guna pun..masuk ja laluan tol tu terus RFID ni detect..dia lebih kurang mcm barcode gitu..tapi RFID ni dia ada cip.. nak cerita lebih aku pun tak berapa nak tahu sgt..haha..

Yang pastinya..Touch n Go dah tak keluarkan smart Tag..penjualan smart Tag dah dihentikan bagi menaik taraf kepada sistem RFID.. Touch N Go akan memulakan fasa percubaan pada 3 September 2018 ni..so sesiapa yang nak mencuba boleh daftar di website ni >>>http://www.touchngo.com.my/html/PreRegisterRFID.aspx<<<<.. daftar la cepat..yuran dia percuma..maybe lepas ni ada bayaran untuk mendapatkan pelekat RFID ni..

Untuk tempoh fasa percubaan ni..hanya akan berlaku di tol2 sekitar lembah klang sahaja..

Senarai lebuh raya di Lembah Kelang yang dilengkapi dengan lorong RFID adalah seperti berikut:-
  1.  
Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  1.  
Lebuhraya Damansara –Puchong (LDP)
  1.  
Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)
  1.  
Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  1.  
Lebuhraya Grand Sepadu (Grand Sepadu)
  1.  
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  1.  
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  1.  
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  1.  
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)
  1.  
Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)
  1.  
Lebuhraya Besraya (BESRAYA)
  1.  
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR)
  1.  
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  1.  
Lebuhraya Guthrie Koridor (GCE)

Kaedah nak topup dia..korang boleh download aplikasi Touch `n Go eWallet..android & IOS.. boleh tambah nilai secara dalam talian.. klu selain dari online boleh..tapi menggunakan no Pin RFID tersebut..

So, yang masih menggunakan smart tag..jgn risau..boleh ja guna macam biasa..mereka akan mansuhkan laluan tol smart tag secara berperingkat..mgkin ambik masa.. jgn pi buang plak smart tag korang tu..haha..walaupun rosak..leh ja simpan buat kenangan.. huhu..sebab aku punya pun dah rosak.. padahal tak sampai 2 tahun pun pakai.. 


harap2 dengan teknologi RFID ni dapat mengurangkan masalah2 seperti tak detect touch n go.. mengurangkan kesesakan di laluan tol.. mgkin satu hari nanti blh guna teknologi seperti di Singapore..tanpa pondok tol..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...